Khamis, 6 Mac 2014

nyanyian di Indonesia

Tanggal 18 Jun 2013,

Jutaan Terima Kasih saya 'Dendangkan' kepada semua sahabat handai,guru-guru seperjuangan serta Pihak Pengurusan SMK Dato' Perdana atas penganjuran Program Pengantarabangsaan SMK DATO ' PERDANA(M'SIA) - SMA NEGERI 4, JAKARTA(INDON)

Entri kali ini dilakar khas sebagai catatan jendera termanis semasa zaman persekolahan aku dulu.

~Adalah tidak dinafikan peluang untuk mengadakan lawatan penanda aras peringkat antarabangsa dalam usaha mengadakan hubungan kenegaraan dengan negara lain adalah peluang yang tidak wajar dilepaskan oleh setiap pelajar bagi menimba ilmu,pengalaman dan culture experience.

Syukur Alhamdulillah dengan segala hendakNya tersenarai dalam "Pelajar Target Straight A's SPM 2013" tanpa diketahui apa pun punca,kerana diri ni tidaklah layak untuk diletakkan dalam profile sedimikian rupa, Wallahu'alam,. Rezeki Allah itu luas.

~Proses segala Proses, Atur segala Atur, Tapis segala Tapis akhirnya seramai 12 orang pelajar daripada Tingkatan 5 terpilih untuk mewakili sekolah/bachok/negeri/Malaysia ke tanah Jawa (asal-usul). Cukup gementar jugak hati aku ni wei, kerana disatukan dengan pelajar-pelajar yang GRAB dalam study atau lebih sesuai digelar PELAJAR CEMERLANGS. Ada 'S' sebab ramai ahahaha.
Namun aku tidak seperti mereka,. Maybe sederhana dan tidaklah lembab aku ni.


~Passport telah siap,setelah menghitung hari akhirnya tiba juga ke negera jiran ini. Alhmdulillah.
First time aku menjejakkan kaki sehinggalah last step fly back home,cuaca agak redup segar dan sejuk berangin,Rahmat Allah SWT. Bandar metropoli Jakarta ini, datangnya dengan pelbagai latar belakang penduduk,- profil,cara hidup,agama dan cara mencari rezeki.



~Selama ini sering menonton sinetron atau filem-filem indonesia yg shoot out di Jakarta,akhirnya dapat melihat sendiri bangunan,rakyat jelata,Tugu Peringatan Presiden SOEKARNO. Jelas tiada bezanya dengan pampangan di kaca tv. Cuma suasana yang berbeza kerana tiupan angin dan cuaca yg agak sihat :D

~Dipendekkan cerita,second day.(lawatan ke SMA Negeri 4,Jakarta)
Ketibaan kami disambut baik dengan paluan kompang diiringi selawat,meluru ke bilik gerakan SMA tersebut. Kami degemparkan dengan persembahan tarian tradisional mereka,nanyian sangat merdu serta jamu-jamu tempatan mereka. Dan aku sama sekali tidak melepaskan peluang yang ada :p kerna semuanya free.

~Yang tak dapat dilupakan,setelah selesai sahaja sesi berkenalan,ucapan,pertukaran pendapat dan soal menyoal,trip diteruskan lagi dengan melawati kawasan sekolah. Oleh sebab dua orang pelajar@peserta sahaja bergelar lelaki (tidak termasuk cikgu-cikgu lelaki) memang kitaorang berdua follow di belakang. (saudara Muhamad Amirul Syafiq@Sam). Trip kami melalui gelanggang basketball yang sememangnya menjadi sukan utama pelajar SMA. Suasana agak meriah di atas gelanggang. Mereka tersenyum ramah seolah-olah menghormati dan menyambut ketibaan rombongan Perdanarians.

~Langkah kaki aku dan Sam terus terhenti terlihatkan lambaian mereka yang seolah menghantui dan memanggil kami untuk berkenalan. Jelingan mata dan senyuman mereka ternyata membuatkan kami tertarik untuk menjalinkan silaturahim.
Apalagi,bergambar sakan lah. Rombongan yang lain terus mara ke hadapan sambil dipandu oleh beberapa orang PREFECT SMA untuk mengelilingi kepersegiannya. Namun aku ,Sam, Eika dan Ain stuck dengan mereka yang cukup ramah mesra.

~Diberi kesempatan untuk face to face talk dengan warga SMA,(we used fully indonesian slang) walaupun kedengaran agak cacat akan tetapi kami gembira kerana dengan tidak sengaja boleh meningkatkan keyakinan diri tatkala berbicara dengan indonesian.
Bicara mereka penuh dengan tawa., Hidup mereka ada lagunya tersendiri. Institusi mereka penuh dengan tradisi. Cara mereka penuh dengan budi. Walaupun agama dalam kalangan mereka mixed antaranya Hindu , Buddha , Christian dan Islam. Sehinggakan tidak boleh dibahagikan yang mana satu minor dan major, sikap tidak lepas tangan dan berbudi bahasa sangat aku respect!


~Perkenalan kami akhirnya dilengkapi dengan nyanyian permintaan . Aku meminta agar mereka menyanyikan lagu-lagu hit di Malaysia sebagai kenang kenangan yang dapat aku bawa balik ke tanah air. Ternyata mereka tidak beberapa menghafal lagu-lagu Melayu asbab agak jakun sebutannya,. Lidah mereka lain. Sebaliknya pula, orang Melayu secara majoriti bisa menyanyikan lagu-lagu band daripada indonesia dengan bagus sekali.

Keputusan dibuat,lagu yang akan kami nyanyikan sama-sama ialah "semua tentang kita, by peterpan", memang agak masuk dengan suasana di petang redup itu. Aku dan Sam diberikan gitar, dan kitaorang telah mengukir 1001 kenangan bersama.
Bukan mudah untuk menyanyi beramai ramai di negara orang. Mereka cukup spoting..
Seolah-olah kami datang membuat show,dan dikerumi oleh peminat-peminat.



LAYAN DULU DOANG :)

 Setiap peristiwa pasti ada lagu. Aku bukan yuna, setiap gambar ada lagu. Gambar tiada lagu wahai cik yuna,.

Ini cerita aku, Azim.,melaporkan. Kau pula.? :)



published.